Dim sum adalah makanan klasik dari kebudayaan Tiongkok yang biasanya dikukus, digoreng atau dipanggang. Kemudian, makanan tradisional dari Cina ini disajikan dalam sebuah pengukus buluh, ditemani dengan air teh Cina. Dim sum ini sudah menjadi suatu aktiviti menarik untuk keluarga-keluarga yang besar kerana mereka dapat berkongsi makanan sama-sama.
Populariti dim sum ini sudah pun meningkat di Malaysia dan terdapat beberapa restoran di Kuala Lumpur yang menyajikan versi halal.
Kredit: Giphy
Nota Penting: Selain yang telah jelas disebutkan, beberapa restoran di bawah ini tak mempunyai sijil Halal kerana mereka juga menyajikan minuman keras. Kami juga telah menghubungi setiap restoran untuk memastikan mereka hanya menggunakan bahan masak yang di bawah jaminan JAKIM dan bebas dari daging babi. Kami menyarankan kepada para pembaca kami untuk membuat pengesahan dengan restoran-restoran tersebut.
1. Dolly Dim Sum
Siapa yang tak pernah dengar tentang Dolly Dim Sum? Boleh dikatakan semua pernah makan di sini. Inilah antara restoran yang paling popular jika sesiapa ingin rasa dim sum asli dan halal. Bukan itu saja, interior restoran ini juga sangat cantik dan instagrammable!
Kredit: @tuanedruce di Instagram
Restoran ini cepat sesak, terutamanya waktu tengahari Tempahan meja hanya untuk 6 orang ke atas saja. Tapi, sesetengah tempat tak terima tempahan jadi kami sarankan anda datang awal.
Kredit: @m_s_y di Instagram
Tips #HHWT: Cubalah pao kuning telur masin – sangat lembut nan empuk!
Kredit: @arznur di Instagram
Alamat: Avenue K, Nu Sentral, Pavilion, IOI City Mall, Sunway Putra Mall.
Waktu Pembukaan: 11.00am – 10.00pm
Harga: mulai dari RM8
Nombor Telefon: +(603) 21813830
2. China Treasures
Berlokasi di Sime Darby Covention Centre, restoran ini merupakan tempat favorit bagi individu berkeluarga. Hal terbaiknya yaitu restoran ini merupakan salah satu dari sedikit restoran dim sum di KL yang bersertifikasi halal! Sehingga kamu tidak perlu khawatir ketika melahap dim sum di sini.
Kredit: @margaretsoesatyo di Instagram
Tips #HHWT: Cubalah menu khas restoran ini seperti tart telur mini dan pau yang berisi mentega & kuning telur masin!
Waktu Pembukaan: 11:30am–2:30pm (makan siang), 3:30pm–10:30pm (makan malam) hari Isnin-Jumaat, 10:00am–4:30pm (makan siang), 6:30pm–10:30pm (makan malam) pada hari minggu dan cuti umum.
Harga: Mulai dari RM6
Alamat: Sime Darby Convention Centre, 1A, Jalan Bukit Kiara 1, Kuala Lumpur Malaysia 60000
Nombor Telefon: (+603) 2089 3788
Emel: chinatreasures.sdcc@simedarby.com
3. Maju Palace
Tersembunyi di Maju Junction Mall, anda boleh jumpa satu lagi restoran dim sum yang halal – Maju Palace!
Kredit:@ fundamentally_flawed di Instagram
Maju Palace adalah sebuah restoran yang dimiliki oleh Oriental Group of Restaurants, dan merupakan satu-satunya restoran yang menyajikan makanan halal saja.
Kredit: @iluvpastry di Instagram
Tips #HHWT: Untuk sesiapa yang ingin mencabar diri untuk sesuatu yang luar biasa, cubalah abalone, sejenis makanan laut yang jarang didapati di restoran lain.
Kredit: missyblurkit
Waktu Pembukaan: 11:30am–3:00pm (makan siang), 6:00pm–11:00pm (makan malam) hari Isnin-Sabtu, 10:00am–3:00pm (makan siang), 6:00pm–11:00pm (makan malam) pada hari minggu dan cuti umum.
Harga: Mulai dari RM6 ke atas.
Alamat: Level 5, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Nombor Telefon: (+603) 2691 8822
4. Meisan Szechuan Restaurant
Kalau anda ingin makan dim sum sepuas-puasnya dengan harga yang berpatutan, maka Meisan Szechuan Restaurant di Hotel Quality adalah tempatnya! Restoran ini juga sudah pun mendapat sijil halal dari JAKIM dan menawar buffet harian dengan hanya RM48 saja seorang!
Kredit: @hijjaz_aziz di Instagram
Bagi kami, harga itu sangat berpatutan, jadi tunggu apa lagi? Jom ajak rakan-rakan dan keluargamu!
Kredit: nadot
Tips #HHWT: Kamu harus coba char siew pau ayam di sini!
Waktu Pembukaan: Setiap hari pada pukul 9:00am–2:30pm
Harga: RM48 nett (Dewasa), RM35 nett (Kanak-anak usia 12 tahun ke bawah dan warga emas usia 60 tahun ke atas)
Alamat: Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut, 50750 Kuala Lumpur
Nombor Telefon: (+603) 2614 8000 / 8056
5. Lai Po Heen
Dikenali sebagai salah satu restoran Tiongkok yang terbaik (dan juga asli!) di KL, Lai Po Heen di Hotel Mandarin Oriental sangat berkualiti dan penuh dengan pelbagai pilihan.
Kredit: @belladally
Beberapa mejanya menghadap KLCC, jadi anda boleh menjamah makanan yang lazat sambil menikmati pemandangan yang cantik di sisi.
Kredit:@zubaidah_hamzah di Instagram
Tips #HHWT: Jika anda suka durian, anda haru cuba pancake duriannya.
Waktu Pembukaan: Hari Isnin-Jumaat pukul 12:00pm–2:30pm, hari minggu dan cuti umum pukul 10:30am–2:30pm, khusus jam makan malam pukul 7:00pm–10:30pm setiap hari.
Harga: Dim sum mulai dari RM10++ ke atas, sementara pancake duriannya berharga sekitar RM38++ untuk seorang.
Alamat: Mandarin Oriental Kuala Lumpur, Level 1, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur.
Nombor Telefon: (+603) 2179 8885
6. MinMax Restaurant
Selain menawarkan pelbagai menu dim sum dengan harga yang berpatutan dan tempat makan yang selesa, MinMax sentiasa menyajikan dim sum yang berkualiti tinggi. Mereka juga memiliki ramai pelanggan tetap!
Kredit: @suhailasaja di Instagram
Tips #HHWT: Cubalah sotong goreng telur masin yang cukup popular!
Kredit: @suhailasaja di Instagram
Waktu Pembukaan: 11:00am–3:00pm (makan siang), 6:00pm–11:30pm (makan malam) pada hari Isnin-Sabtu, 9:00am-3:00pm hari minggu
Harga: Mulai dari RM3.
Alamat: PNB Darby Park, Lot 2.1 Level 2, Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur
Nombor Telefon: (+603) 2166 8669
7. Luk Yu Tea House
Jika anda di kawasan Bukit Bintang, maka pergilah ke Luk Yu Tea House untuk pengalaman teahouse yang mempunyai konsep kafe Hong Kong!
Kredit: @aminjamean di Instagram
Kredit: @sharowlyusi di Instagram
Tips #HHWT: Untuk sajian pencuci mulut, cubalah sago mango in pomelo yang dibuat segera selepas pemesanan. Jangan lupa untuk memeriksa apakah menu yang anda boleh pesan kerana beberapa makanan mengandungi alkohol.
Waktu Pembukaan: Isnin–Sabtu pukul 12:00am–11:00pm dan hari Minggu cuti umum pukul 10:00am-11:00pm
Harga: Mulai dari RM10 ke atas.
Alamat: Feast Village, Starhill Gallery, 181, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
Nombor Telefon: (+603) 2782 3850
8. Tai Zi Heen Cantonese Restaurant
Walaupun Tai Zi Heen hanya menyajikan buffet dim sum, semua makanannya disiapkan segera setelah dipesan!
Kredit: @nrk.0110 on Instagram
Kredit: barbara_baking_studio di Instagram
Tips #HHWT: Cubalah kuih yam atau dikenali sebagai ubi keladi yang sangat lembut dan rangup, betul-betul sedap jika dimakan bersama teh Cina yang dihidang. Jangan lupa juga menu yang anda pilih itu bebas dari alkohol, karena beberapa makanan mengandungi alkohol.
Waktu Pembukaan: Hari Sabtu, Minggu, dan libur nasional pukul 11:30am–2:00pm
Harga: RM68++ untuk seorang orang khusus untuk buffet all-you-can-eat selama hari minggu
Alamat: Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residences, No. 4, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur
Nombor Telefpon: (+603) 2170 8888
Jadi tunggu apa lagi? Tempah meja anda segera di salah satu restoran ini untuk menikmati dim sum yang asli!